syar'u man qablana



Pendahuluan

Syar’u man Qablana (شرع من قبلنا) adalah syariat atau ajaran-ajaran para Nabi sebelum diutusnya para Rasullullah SAW.[1]  Syariat-syariat mereka prinsipil adalah satu. Firman Allah SWT:

 شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ

13. Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa Yaitu: Tegakkanlah agama[1340] dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).

[1340] Yang dimaksud: agama di sini ialah meng-Esakan Allah s.w.t., beriman kepada-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhirat serta mentaati segala perintah dan larangan-Nya.
(Surah As-Syura: 13)


Seperti syariat Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Menurut Abu Zahran, syariat Samawi pada dasarnya satu. Apabila al-Qur’an atau al-Sunnah yang sahi itu disyariatkan oleh Allah kepada para ummatnya yang telah mendahului kita melalui para Rasulnya, dan telah dinashkan bahwasanya syariat itu diwajibkan kepada kita sebagaimana diwajibkan kepada mereka. Maka tidak ada perselisihan bahwa syariat itu adalah syariat untuk kita dan undang-undang yang wajib diikuti, dengan menetapkan syariat kita kepada Nya. Seperti firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
 
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,[1]

(Surah Al-Baqarah: 183)

Ayat diatas jelas menerangkan bahawa esensi syariat-syariat Samawi termasuk di dalamnya syariat-syariat terdahulu adalah satu. Hal ini diperkuatkan oleh pelbagai ijma’ Ulama’. Hanya saja Allah mengharamkan sebahagian perkara atau perbuatan atas sebagian kau tertentu. Pengharaman ini dimaksudkan untuk kemaslahatan umat manusia sekaligus mencegah kehidupan daripada meliputi nafsu syahwat seperti umat-umat terdahulu yang sesat.  


Jenis-jenis Syariat Terdahulu
Al-Quran dan Hadis juga mengisahkan hukum-hukum syar’I yang disyaratkan Allah kepada umat terdahulu sebelum kita. Ada hukum syar’I yang disampaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang telah disampaikan kepada umat dahulu kala. Syarat-Syarat terdahulu adakalanya tidak berbeza dari apa yang disyariatkan kepada kita merupakan peraturan-peraturan yang diwajibkan kita ikuti[2]. Mengenai syariat terdahulu dalam hubungannya dengan syariat umat Muhammad SAW, maka syariat kita dibahagi kepada dua:[3]

1.    Syariat yang telah dihapuskan oleh syariat kita
Jika Al-Quran ataupun hadis telah menerangkan tentang syariat umat terdahulu dan dijelaskan pula bahawa syariat iti telah dihapuskan, maka tidak boleh diguna pakai lagi.
2.    Syariat yang tidak dihapuskan. Terbahagi kepda dua:
  •   Syariat yang diceritakan kepda kita, melalui Al-Quran atau Hadis Nabi, tetapi tidak diwajibkan atas kita sebagaimana diwajbkan atas umat sebelum kita seperti yang di sebut didalam Al-Quran:

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

45. dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, Maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.[4]

(Surah Al-Maidah; 45)

  •  Syariat yang tidak disebut-sebut sama sekali. Bahagian ini tanpa diperselisihkan lagi untuk tidak boleh diguna pakai lagi. Bahagian ini tidak kita ketahui kecuali dngan jalan berturut-turut melalui pngamtan sejarah dan tidak dapat menerimanya dari ahli kita sendiri , kerana mereka telah mengubah isi kitab mereka. Firman Allah;

 فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا

41. Maka Bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (Rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu[299]).

[299] Seorang Nabi menjadi saksi atas perbuatan tiap-tiap umatnya, Apakah perbuatan itu sesuai dengan perintah dan larangan Allah atau tidak.[5]

(Surah An-Nisa’ ; 41)

 فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً ۖ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ ۙ وَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ ۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَائِنَةٍ مِنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

13. (tetapi) karena mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. mereka suka merobah Perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya[407], dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) Senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), Maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.


[407] Maksudnya: merobah arti kata-kata, tempat atau menambah dan mengurangi.[6]
 (Surah Al-Maidah : 13)


Para ulama’ usul fiqh bersepakat bahwa syariat para Nabi terdahulu yang tidak tertulis di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW tidak berlaku lagi bagi umat islam. Oandangan ini beragumentasi bahawa kedatangan syariat islam telah mengakhiri berlakunya syariat-syariat terdahulu. Demikian itu, para ulama usul fiqh bahawa syariat terdahulu yang dicantumkan dalam Al-Quran berlaku bagi umat Islam bila mana ada ketegasan bahawa syariat itu berlaku bagi umat Nabi Muhammad SAW. Namun, keberlakuannya itu bukan kerana kedudukannya sebagai syariat sebelum Islam tetapi kerana ditetapkan oleh Al-Quran.[7]


Defenisi syaru’ man qablana
Syaru’ man qablana ialah syariat umat-umat terdahulu iaitu segala hukum-hakam yang disyariatkan Allah kepada umat-umat terdahulu melalui para rasul dan nabi yang diutuskan kepada mereka.[8]
Syariat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk umatnya merupakan sebuah syariat yang bukan sahaja lengkap, tetapi bersifat tetap dan anjal, sesuai untuk semua zaman sehinggalah ke hari kiamat. Ini amat sesuai dengan kedudukan Nabi Muhammad SAW sendiri sebagai rasul utusan yang terakhir.

Sebelum Baginda SAW diutuskan, Allah telah mengutuskan rasul-rasul untuk umat-umat terdahulu. Contohnya Nabi Musa dan Nabi Isa diutuskan kepada kaum Bani Israil, Nabi Ibrahim kepada kaum Namrud, Nabi Saleh kepada kaum Thamud, Nabi Hud kepada kaum ‘Ad dan Nabi Shuaib kepada kaum Madyan.

Semua rasul yang diutuskan itu membawa syariat Allah yang tertentu sama ada dalam bentuk perintah pengesaan Allah, amalan ibadah, larangan, dan lain-lain. Hakikatnya, semua syariat tidak kira syariat terdahulu mahupun syariat Nabi Muhammad SAW adalah sama, iaitu menyeru kepada Tauhid dan melarang menyekutukan Allah. Cuma terdapat sedikit perbezaan dari segi pendekatan yang digunakan, iaitu merujuk kepada wahyu yang diturunkan buat rasul-rasul pada zaman-zaman tertentu. [9]

 
Penerangan mengenai Syar’u man qablana
Perkataan serta pengertian syariat bukan hanya digunakan di dalam Islam, bahkan ia juga pernah digunakan sebelum kedatangan Islam. Contohnya, ajaran yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dikenali dengan syariah Ibrahim, manakala ajaran yang diturunkan kepada Nabi Musa dikenali dengan syariat Musa. Seterusnya, syariat Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan rasul utusan terakhir sekaligus sebagai pelengkap dan akan berkekalan hingga ke hari kiamat

Firman Allah:

 الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

3.    Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu.[10]

(Surah Al-Maidah: 3)

Syariat terdahulu ialah segala agama Allah dan Syariah Samawi yang telah diturunkan kepada para rasul sebelum Nabi Muhammad SAW semua ajaran tersebut termaktub di dalam empat buah kitab serta 100 suhuf atau lembaran .[11]

Antara kitab tersebut ialah Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa yang dicatat dalam Bahasa Ibrani, Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud di dalam bahasa Qibti, Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa yang ditulis dalam Bahasa Suryani, dan yang terakhir dan terpakai untuk selama-lamanya ialah kitab al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ditulis di dalam bahasa Arab.[12]
 
Para nabi dan rasul utusan Allah membawa ajaran Allah yang benar dari aspek akidah seperti: menyeru umat manusia agar menyembah Allah dan mengEsakan-Nya. Sudut amali atau syariah yang dibawa mempunyai perbezaan antara para rasul dan utusan kerana perbezaan suasana, keadaan dan umat mereka. Hal itu telah dijelaskan di dalam Al-Qur’an, salah satu darinya ialah, Allah telah berfirman berkenaan syariat Nabi Hud. [13]

Firman Allah SWT:

وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا ۗ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ
 
65. dan (kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Hud. ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain dari-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?"[14]
(Surah Al-‘Araf: 65)


Syariat agama terdahulu

1.   Agama Yahudi

Agama ini menggunakan kitab Taurat sebagai panduan hidup umatnya. Menurut sejarah, kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa sewaktu Baginda bermunajat di bukit Tursina. Pada peringkat awal, khasnya sewaktu Nabi Musa masih hidup, umat Baginda berpegang serta mengikuti segala ajaran yang terkandung di dalam kitab tersebut.

Kandungan ajaran agama Yahudi juga merangkumi syariah yang terperinci dan cukup jelas. Ia mencakupi bidang ibadat, muamalah serta peraturan hidup lain secara berasingan.[15]

Firman Allah:

وَكَتَبْنَا لَهُ فِي الْأَلْوَاحِ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَوْعِظَةً وَتَفْصِيلًا لِكُلِّ شَيْءٍ فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُوا بِأَحْسَنِهَا ۚ سَأُرِيكُمْ دَارَ الْفَاسِقِينَ
145. dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada luh-luh[566] (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu; Maka (kami berfirman): "Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada (perintah-perintahnya) dengan sebaik-baiknya[567], nanti aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang yang fasik[567].

[566] Luh Ialah: kepingan dari batu atau kayu yang tertulis padanya isi Taurat yang diterima Nabi Musa a.s. sesudah munajat di gunung Thursina.
[567] Maksudnya: utamakanlah yang wajib-wajib dahulu dari yang sunat dan mubah.
[567] Maksudnya: utamakanlah yang wajib-wajib dahulu dari yang sunat dan mubah.[16]

(Surah Al-A’raf: 145)

Ayat di atas menerangkan kandungan kitab Taurat yang mengandungi unsur-unsur nasihat dan pengajaran dan menyuruh Nabi Musa dan kaumnya berpegang teguh dan mengamalkan segala suruhan Allah SWT.

Selain itu ialah penyelewengan terhadap kitab Taurat. Setelah masa berlalu, lama kelamaan Bani Israil mulai meninggalkannya yang sekali gus lahir perselisihan di kalangan mereka ekoran sesetengahnya bertindak mengubah dan menukar gantikan isi kandungan kitab Taurat itu. Perselisihan di kalangan penganut agama Yahudi sampai ke peringkat kemuncak dengan terciptanya kitab Talmud, yang isi kandungannya sudah jauh menyimpang dari kandungan asal kitab Taurat.[17]


مِنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَاعِنَا لَيًّا بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْنًا فِي الدِّينِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاسْمَعْ وَانْظُرْنَا لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَٰكِنْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا
 
46. Yaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah Perkataan dari tempat-tempatnya[302]. mereka berkata : "Kami mendengar", tetapi Kami tidak mau menurutinya[303]. dan (mereka mengatakan pula) : "Dengarlah" sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa[304]. dan (mereka mengatakan) : "Raa'ina"[305], dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan : "Kami mendengar dan menurut, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, karena kekafiran mereka. mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis.

[302] Maksudnya: mengubah arti kata-kata, tempat atau menambah dan mengurangi.
[303] Maksudnya mereka mengatakan : Kami mendengar, sedang hati mereka mengatakan: Kami tidak mau menuruti.
[304] Maksudnya mereka mengatakan: dengarlah, tetapi hati mereka mengatakan: Mudah-mudahan kamu tidak dapat mendengarkan (tuli).
[305] Raa 'ina berarti: sudilah kiranya kamu memperhatikan kami. di kala Para sahabat menghadapkan kata ini kepada Rasulullah, orang Yahudipun memakai kata ini dengan digumam seakan-akan menyebut Raa'ina Padahal yang mereka katakan ialah Ru'uunah yang berarti kebodohan yang sangat, sebagai ejekan kepada Rasulullah. Itulah sebabnya Tuhan menyuruh supaya sahabat-sahabat menukar Perkataan Raa'ina dengan Unzhurna yang juga sama artinya dengan Raa'ina.[18]
(Surah An-Nisa: 46)


Beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh golongan Yahudi ialah mereka menyatakan bahawa kedudukan Bani Israil dan golongan Yahudi amat berbeza dengan umat-umat lain. Antaranya ialah mereka menyatakan bahawa golongan Yahudi ialah umat terbaik dan dikurniakan dengan pelbagai kelebihan serta sebagai anak-anak Tuhan, serta menganggap semua bangsa lain hina, iaitu mereka berhak melakukan apa sahaja terhadap umat lain, tetapi bangsa lain tidak boleh melakukan sedemikian terhadap mereka.

Selain itu, Orang Yahudi dan Bani Israil ditegah melakukan muamalah riba, gadaian,dan hutang sesama mereka, namun mereka harus melakukannya terhadap bangsa lain. Mereka mendakwa bahawa ajaran Yahudi telah menetapkan bahawa puak Kan’an hanya layak menjadi hamba kepada kaum Yahudi dan Bani Israil. Oleh itu, jika mereka enggan atau memberontak, mereka wajib dibunuh[19]

Mereka menyelewengkan kandungan asal kitab mereka dengan mengenepikan sudut rohani dan mengutamakan secara jelas sudut kebendaan semata-mata. Mereka tidak mementingkan ajaran agama dan ibadat serta kehidupan selepas mati. Justeru, tiada pendedahan dan galakan tentang zikir, perkara berkaitan kiamat dan hari akhirat dan sebagainya. Sebaliknya hanyalah gesaan dan dorongan supaya merebut ganjaran berbentuk kebendaan dan balasan keduniaan semata-mata seperti mengumpulkan harta sebanyak mungkin.
Antara sudut pembentukan akhlak kurang dititikberatkan, khususnya pendedahan mengenai tegahan dan perintah syariah, sedangkan ajaran Islam dan Al-Qur’an menitik beratkan perkara tersebut seperti balasan seksaan akibat melanggar perintah Allah.

Ciri-ciri lain dalam syariah Yahudi ekoran kezaliman dan kedegilan mereka ialah membawa ajaran dan hukum yang membebankan, sehingga menyukarkan mukallaf untuk melaksanakannya, seperti diharamkan terhadap mereka sesetengah makanan yang halal sebelumnya. Diharamkan ke atas mereka binatang yang berkuku seperti unta dan kuda. Semua itu kesan tindakan dan sikap mereka yang keji.

Sifat degil dan penderhakaan mereka terhadap perintah Allah serta para nabi menyebabkan mereka terpaksa menghadapi kesulitan dalam melaksanakan hukum hakam, seperti banyak soal dan berdolak dalih ketika diperintahkan oleh Allah.[20]

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah: 74

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
74. kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan[21].

2.   Agama Nasrani
Agama dan syariat tersebut dibawa oleh Nabi Isa ketika orang-orang Yahudi berada dalam kesesatan dan kegelapan serta jauh menyimpang dari landasan yang benar. Oleh itu Nabi Isa diutuskan bagi membaiki keadaan mereka serta mengajak kembali ke jalan yang benar.

Nabi Isa menyebarkan ajarannya menerusi kitab Injil. Walau bagaiamanapun, ajaran yang dibawa baginda ditentang golongan Yahudi. Mereka bertindak menentang Nabi Isa secara kekerasan dan terang-terangan[22]
 .
Setelah peninggalan Baginda, ada di kalangan pengikut Baginda yang dikenali dengan puak Nasrani bertindak mengubah isi kandungan kitab Injil seperti mendakwa Nabi Isa sebagai anak Tuhan
.
Justeru, syariat serta kitab Injil yang dibawa Nabi Isa juga telah diselewengkan. Semua kitab Injil yang tersebar sekarang seperti Barnaba dan Yuhana dikira tidak asli lagi kerana berlaku penyelewengan terhadap ajaran Nabi Isa. Antaranya contoh penyelewengan tersebut ialah mengharamkan sesetengah jenis daging yang dihalalkan sebelumnya, juga menggantikan hukuman rejam terhadap penzina dengan hukuman lain, dan mengharamkan perlaksanaan talak serta pengharaman terhadap mana-mana lelaki yang menceraikan isterinya[23]


Hukum Syariat Sebelum Kita (Syar’u Man Qablana)
Jika al Qur’an atau Sunnah yang sahih mengisahkan suatu hukum yang telah disyariatkan pada umat yang dahulu melaui para Rasul, kemudian nash tersebut diwajibkan kepada kita diwajibkan kepada mereka , maka tidak diragukan lagi bahwa syariat ditujukan juga kepada kita. Dengan kata lain, wajib untuk diikuti, seperti fiman Allah SWT. Dalam surah al-Baqarah: 183

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
 
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,[24]

Sebaliknya, bila dikisahkan suatu syariat yang telah ditetapkan, kepada orang-orang terdahulu, namun hukum tersebut telah dihapus untuk kita, para ulama sepakat bahwa hukum tersebut tidak disyariatkan kepada kita, seperti syariat Nabi Musa bahwa seorang yang telah berbuat dosa tidak akan diampuni dosanya kecuali dengan membunuh dirinya. Dan jika najis yang menempel tidak akan suci kecuali dengan memotong anggota yang terkena najis itu.[25]

Para ulama menjelaskan bahwa syariat sebelum kita atau syar’u man qablana ialah hukum yang telah disyariatkan untuk umat sebelum Islam yang dibawa oleh nabi dan rasul terdahulu dan menjadi beban. Hukum untuk diikuti oleh umat sebelum adanya syariat nabi Muhammad. Dimana kita dapat menemukakan syariat terdahulu itu, apakah dari kitab suci nabi dan rasul terdahulu yang ada sekarang seperti perjanjian agama Yahudi dan Injil untuk agama Kristien. Hal ini menjadi pembicaraan dikalangan ulama?
Pengelompokan syar’u man qablana. Syariat sebelum kita dari huraian di atas, dapat dibahagi ke dalam 3 kelompok:
  1. Syariat terdahulu yang terdapat dalam al Qur’an atau penjelasan Nabi yang disyariatkan untuk sebelum Nabi Muhammad dan dijelaskan pula dalam al Qur’an atau Nabi Muhammad.[26]
Contohnya firman Allah surah al An ‘am: 146

 وَعَلَى الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا كُلَّ ذِي ظُفُرٍ ۖ وَمِنَ الْبَقَرِ وَالْغَنَمِ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ شُحُومَهُمَا إِلَّا مَا حَمَلَتْ ظُهُورُهُمَا أَوِ الْحَوَايَا أَوْ مَا اخْتَلَطَ بِعَظْمٍ ۚ ذَٰلِكَ جَزَيْنَاهُمْ بِبَغْيِهِمْ ۖ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ

146. dan kepada orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala binatang yang berkuku[517] dan dari sapi dan domba, Kami haramkan atas mereka lemak dari kedua binatang itu, selain lemak yang melekat di punggung keduanya atau yang di perut besar dan usus atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami hukum mereka disebabkan kedurhakaan mereka; dan Sesungguhnya Kami adalah Maha benar.
[517] Yang dimaksud dengan binatang berkuku di sini ialah binatang-binatang yang jari-jarinya tidak terpisah antara satu dengan yang lain, seperti: unta, itik, angsa dan lain-lain. sebahagian ahli tafsir mengartikan dengan hewan yang berkuku satu seperti kuda, keledai dan lain-lain.[27]
2.    Hukum-hukum dijelaskan dalam al-Qur’an maupun hadis Nabi di syari’atkan untuk umat sebelumnya dan dinyatakan pula berlaku untuk umat Nabi Muhammad dan dinyatakan berlaku untuk selanjutnya. Seperti firman Allah dalam surat al Baqarah: 183.[28]
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
 
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,[29]


 Dalam ayat ini dijelaskan bahwa puasa di syariatkan untuk umat terdahulu dan diwajikan atas umat Nabi Muahmmad.
Adapun contoh dalam hadis Nabi adalah tentang berkorban yang dijelaskan. Disyariatkan untuk nabi Ibrahim , juga di syriatkan untuk umat Nabi Muhammad. Hal ini ditegaskan dalam sabda Nabi:
ضَحُّوْا فَاِنَّهَا سُنَّةُ أَبِيْكُمْ إِبْرَاهِيْمِ
 .
“Berkorbanlah karena yang demikian itu adalah sunnah bapakmu, Ibrahim.

3.    Hukum-hukum yang disebut dalam al Qur’an atau hadis Nabi, dijelaskan berlaku untuk umat sebelum Nabi Muhammad. Namun secara jelas tidak dinyatakan berlaku kepada kita, juga tidak ada penjelasan bahwa hukum tersebut telah dinashkan. Seperti firman Allah dalam surah al Maidah: 45

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
 
45. dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata.[30]

Ayat ini mengisahkan hukum yang berlaku pada orang yahudi di masa kala.
Demikian juga apabila Al-qur’an atau Al-hadis sahih menerangkan suatu hukum yang disyariatkan kepada ummat yang terdahulu, kemudian datang dalil syara’ yang membatalkannya, maka telah disepakati oleh seluruh ulama bahwa hukum itu bukanlah merupakan hukum syara’ bagi kita, karena sudah ada dalil yang membatalkannya. Misalnya syariat yang berlaku pada zaman nabi Musa as, bahwa seorang yang berbuat maksiat tidak akan diampuni dosanya kecuali bila ia membunuh dirinya, dan pakaian yang terkena najis tidak akan dapat disucikan kembali sebelum dipotong bagian yang terkena najis itu.
Dalil yang membatalkan cara-cara taubat yang dilakukan oleh umat Nabi Musa as. Antara lain ialah firman Allah:[31]

 وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

3. dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. [32]

 (Hud: 3)

Taubat menurut syariat islam harus memenuhi 3 syarat, yaitu:
  1. Berhenti dari berbuat maksiat
  2. Menyesali perbuatan maksiat yang dikerjakan
  3. Berazam tidak akan mengulangi berbuat kembali

Dalil yang membatalkan cara membersihkan pakaian yang kena najis dengan memotong bagian yang kena najis sebagaimana yang dilakukan oleh ummat Nabi Musa antara lain firman Tuhan:

  وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
4. dan pakaianmu bersihkanlah,[33]
 (al-Mudatstsir: 4)

Maka jumhur ulama Hanafiah dan sebagian ulama Malikiyah, serta sebagian Syafi’iyah berkata: “ bahwasanya hukum itu adalah syariat untuk kita, dan wajib mengikuti serta menerapkannya selama hukum itu telah diceritakan kepada kita dan di dalam syariat kita tidak terdapat hukum yang merusaknya, karena hukum itu adalah diantara hukum-hukum Tuhan yang telah disyariatkan oleh Allah melalui para Rasul Nya, dan Allah telah menceritakannya kepada kita.[34]


Pendapat Ulama’ Mengenai Syaru’ Man Qablana

Syariat terdahulu baik berupa penetapan atau penghapusan telah disepakati para ulama, ulama yang diperselisihkan adalah apabila pada syariat terdahulu tidak terdapat dalil yang menunjukkan bahwa hal itu diwajibkan pada mereka. Dengan kata lain, apakah dalil tersebut sudah dihapus atau dihilangkan untuk kita? Seperti firman Allah:[35]

مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ
32. oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain[411], atau bukan karena membuat kerusakan dimuka bumi, Maka seakan-akan Dia telah membunuh manusia seluruhnya[412]. Dan Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, Maka seolah-olah Dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan Sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu[413] sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi.

[411] Yakni: membunuh orang bukan karena qishaash.
[412] Hukum ini bukanlah mengenai Bani Israil saja, tetapi juga mengenai manusia seluruhnya. Allah memandang bahwa membunuh seseorang itu adalah sebagai membunuh manusia seluruhnya, karena orang seorang itu adalah anggota masyarakat ank arena membunuh seseorang berarti juga membunuh keturunannya.
[413] Ialah: sesudah kedatangan Rasul membawa keterangan yang nyata[36].

 (Surah al-Maidah: 32)


Ulama berselisih pendapat dalam hal yang berkaitan syariat terdahulu dengan syariat yang terkemudiannya. Sebelum membahaskan pendapat-pendapat mereka, perlu dijelaskan terlebih dahulu pokok perbahasan Shar’man Qablana. Sesungguhnya ia dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Bahagian pertama ialah hukum-hukam yang terdapat di dalam Al-Quran dan ada dalil yang menjelaskan bahawa hukum-hukum tersebut turut difardhukan kepada kita sama seperti yang telah difardhukan kepada umat dan kaum terdahulu. Bahagian pertama ini tiada perselisihan dalam kalangan ulama dan mereka menerima Syaru’ man Qablana. Hal ini kerana terdapat dalil yang menjelaskan pensyariatan tersebut. Contohnya pensyariatan puasa. [37]

Firman Allah: (Surah Al-Baqarah: 183)

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa[38],
Berdasarkan ayat tersebut jelas menunjukkan diwajibkan berpuasa atas semua umat Islam seperti yang disyariatkan kepada umat terdahulu. [39]

Seterusnya ialah hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran atau dijelaskan Rasul di dalam Sunnahnya dan terdapat dalil yang menjelaskan bahawa hukuman tersebut telah dinasakhkan iaitu hukuman tersebut memang dikhususkan pensyariatannya untuk umat terdahulu sahaja. Sesungguhnya dalam bahagian ulama sepakat menolak Shar’man Qablana. Hal ini kerana hukum-hukum tersebut telah dinasakhkan dan hanya terpakai untuk umat terdahulu sahaja. Contohnya :[40]

Sabda Rasulullah SAW :

وأحلت لي الخنائم ولم تحل لأحد قبلي

Maksudnya: Telah dihalalkan kepadaku harta rampasan (perang), dan tidaklah dihalalkan kepada seorang pun sebelumku.

Hadis di atas menunjukkan pengharaman sesuatu perkara pada umat-umat terdahulu, dimana pada zaman kita, diperbolehkan untuk mengambil manfaat darinya, contohnya harta rampasan perang.

Selain bahagian ketiga pula ialah hukum-hakam yang tidak disebut di dalam al-Quran dan tidak dijelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis Baginda. Para ulama bersepakat bahawa ia bukanlah satu hukum yang disyariatkan kepada umatnya.

Di samping itu, bahagian keempat ialah hukum-hukum yang terdapat dalam al-Quran atau hadis terdapat dalil yang memperakui mahupun menolaknya. Para ulama berselisih pendapat mengenainya. [41]

Sesungguhnya berdasarkan perbahasan yang dinyatakan di atas, kehujahan Syaru’ man Qablana dapat dibahagikan kepada dua pendapat. Pendapat pertama iaitu yang terdiri daripada Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mengatakan bahawa ia adalah hujah dan mesti beramal dengan hukum tersebut. Manakala pendapat kedua iaitu yang terdiri daripada Syafie dan sebahagian ulama Hanbali mengatakan bukan sebagai hujah. [42]


Pendapat pertama:

Ulama Mazhab Hanafi, Maliki dan Ahmad yang mengatakan bahawa ia adalah hujah. Mereka berpendapat bahawa syariat Islam itu perlulah diamalkan oleh semua umat Islam kerana semua syariat Samawi itu adalah satu. [43]


Firman Allah:

قَالُوا أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ

36. mereka menjawab: "Tundalah (urusan) Dia dan saudaranya dan kirimkanlah ke seluruh negeri orang-orang yang akan mengumpulkan (ahli sihir),[44]

(As-syu’ra: 36)


Ayat ini menetapkan kesatuan agama atau syariat Nabi Muhammad SAW dan kesatuan hukum-Nya iaitu sama seperti syariat Nabi Nuh turut juga diwahyukan kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Hal ini menunjukkan bahawa syariat terdahulu masih terpakai, maka wajiblah beramal mengikut hukum-hukum dari syariat terdahulu, kecuali terdapat dalil yang menunjukkan bahawa ia telah dinasakhkan dalam syariat Islam.[45]

ii) Selain itu, mereka juga berhujah mengatakan bahawa Allah telah menurunkan Taurat kepada para nabi sebagai panduan dalam mengeluarkan hukum.

 Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maida: 44:

 إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara Kitab-Kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.[46]

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah telah menurunkan kitab Taurat kepada para nabi termasuklah Nabi Muhammad SAW kerana baginda juga merupakan seorang nabi, maka mengikuti syariat dalam Taurat atau syariat terdahulu adalah wajib kepada baginda dalam mengeluarkan hukum. Sebagai contoh, sesungguhnya pernah diriwayatkan bahawa Nabi SAW merujuk kitab Taurat bagi hukuman rejam terhadap salah seorang Yahudi atas hukuman zina. Oleh yang demikian, ulama berpendapat syariat terdahulu adalah wajib diikuti.

iii) Nabi Muhammad SAW pernah menjatuhkan hukuman qisas ke atas kesalahan mematahkan gigi. Hukuman tersebut hanya terdapat di dalam kitab Taurat sahaja. Maka wajiblah merujuk kitab Taurat kerana ia adalah sama seperti yang diceritakan oleh Allah SWT dalam al-Quran.[47] Buktinya firman Allah SWT :

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
 
45. dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, Maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.[48]
(Surah Al-Maidah: 45)



Ayat ini menunjukkan hukuman qisas yang disyariatkan dalam kitab Taurat kepada Nabi Musa tetapi hukuman tersebut masih lagi terpakai sehingga Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian, berdasarkan ayat ini, syariat terdahulu merupakan satu hujah.

iv) Imam Hanafi dan Maliki mengatakan ia adalah hujah dan mesti beramal dengannya berdasarkan firman Allah SWT:

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۖ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ ۗ قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا ۖ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْعَالَمِينَ
 
90. mereka Itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, Maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Quran)." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat.[49]

(Surah Al-an’am: 90)

Berdasarkan ayat di atas, sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW mengikut petunjuk mereka (nabi-nabi terdahulu). Syariat nabi-nabi terdahulu merupakan sebahagian petunjuk yang merangkumi iman dan syariat keseluruhannya. Hal ini bermaksud segala yang disyariatkan kepada nabi-nabi terdahulu menjadi wajib ke atas kita untuk mengikutinya.[50]



v) Selain itu, Shara’ man qablana dikatakan hujah menurut Imam Hanafi dan Maliki. Berdasarkan firman Allah SWT:

 قَالُوا أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ
163. Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Isma'il, Ishak, Ya'qub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. dan Kami berikan Zabur kepada Daud.[51]

 (Surah An-nisa: 163)

Ayat di atas menerangkan bahawa agama ialah ketundukan kepada Allah yang merangkumi iman dan syariat. Syariat tersebut telah diturunakan kepada Nabi Nuh dan syariat tersebut turut juga disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW. Hal ini menunjukkan bahawa sesungguhnya syariat terdahulu masih terpakai sehingga sekarang, maka wajib beramal dengannya. [52]

v) Allah SWT memrintahkan nabi Muhammad SAW mengikut ajaran Nabi Ibrahim as seperti firman Allah SWT :

 ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
123. kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim  seorang yang hanif" dan bukanlah Dia Termasuk orang-orang yang mempersekutukan tuhan.[53]

(Surah An-nahl: 123)

Ayat diatas menunjukkan, bahawa Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya mengikuti agama Nabi Ibrahim a.s dan ia menunjukkan perintah (al-amr) menunjukkan kepada wajib. Agama itu juga adalah nama lain bagi syariat.[54]

vi) Selain itu, hujah ini diperkuatkan lagi dengan mengatakan bahawa syariat yang diwahyukan kepada seorang rasul yang terdahulu adalah sama dengan syariat Rasul yang terkemudian. Firman Allah SWT :

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

285. "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan Kami taat." (mereka berdoa): "Ampunilah Kami Ya Tuhan Kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."[55]

(Surah Al-Baqarah; 285)

Ayat di atas menunjukkan bahawa rasul yang diutuskan bersama syariat mempunyai tanggungjawab yang sama. Maka tiada bezanya diantara utusan seorang rasul terdahulu dengan rasul terkemudian. Oleh itu, syariat juga turut diamalkan walaupun datang rasul selepas itu selagi tidak ada dalil yang menasakhkannya.

Oleh yang demikian, syariat terdahulu masih lagi terpakai dalam perundangan Islam dan diperakui sehingga terdapat dalil yang menasakhkannya. [56]

 Pendapat kedua:
Manakala menurut Imam Syafie dan Ahmad mengatakan bahawa syara’ man qablana tidak boleh dijadikan hujah. Salah satu hujah mereka ialah berdasarkan dalil al-Quran.

i) Firman Allah SWT: Surah Al-Maidah 48

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ  

48. dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, Yaitu Kitab-Kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian[421] terhadap Kitab-Kitab yang lain itu; Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. untuk tiap-tiap umat diantara kamu[422], Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, Maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu[57],

[421] Maksudnya: Al Quran adalah ukuran untuk menentukan benar tidaknya ayat-ayat yang diturunkan dalam Kitab-Kitab sebelumnya.
[422] Maksudnya: umat Nabi Muhammad s.a.w. dan umat-umat yang sebelumnya.

Melalui ayat ini dapat difahami bahawa setiap nabi membawa syariatnya yang tersendiri. Oleh yang demikian, setiap umat mempunyai syariat tersendiri yang dibawa oleh nabi mereka. Setiap nabi itu mempunyai perundangan dan syariatnya tersendiri serta syariat mereka wajib diikuti umat mereka. [58]

ii) Hal ini juga diperkuatkan lagi bahawa syariat terdahulu bukan hujah berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بعث معاذ إلى اليمن فقال كيف تقضي فقال أقضي بما في كتاب الله قال فإن لم في كتاب الله قال فسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم قال فإن لم يكن في سنة رسول الله عليه وسلم قال أجتحد رأي

Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW mengutus Mu’az ke Yaman. Maka beliau bersabda : “ Bagaimana engkau menghukum (sesuatu)?”. Mu’az menjawab : “ Saya akan menghukum dengan apa-apa yang terdapat Kitabullah ?”. Beliau bersabda : “ Apabila tidak terdapat dalam Kitabullah?”. Mu’az menjawab : “Maka (saya akan menghukum) dengan Sunnah Rasulullah SAW”. Beliau bersabda kembali : “Apabila tidak terdapat dalam Sunnah Rasulullah SAW?”. Mu’az menjawab : “Saya akan berijtihad dengan fikiran saya….”.(Riwayat Tarmizi)[59]

Hadis tersebut menceritakan mengenai sumber perundangan Islam iaitu al-Quran, Sunnah dan Ijtihad sahaja dan Shar’man qablana tidak pula dinyatakan dalam hadis tersebut. Sekiranya syariat terdahulu merupakan salah satu sumber syarak, nescaya ia pasti disebut selepas al-Quran dan al-Sunnah.

iii) Mereka juga turut mengeluarkan hujah berdasarkan ijmak ulama iaitu sesungguhnya kaum Muslimin bersepakat bahawa syariat Nabi Muhammad SAW telah menasakhkkan syariat terdahulu. Oleh itu, syariat terdahulu merupakan bukan hujah dan tidak wajib diikuti.

iv) Selain itu, mereka juga mengemukakan hujah berdasarkan dalil naqli iaitu sekiranya dituntut beramal dengan syariat terdahulu, nescaya mempelajarinya adalah fardhu kifayah, Nabi sendiri akan merujuk syariat itu serta tidak memadai dengan hukum yang diturunkan. [60]

Keduanya pula ialah asal kepada perlaksanaan syariat terdahulu ialah khusus dan terbatas kepada umat tertentu sahaja. Nabi Muhammad SAW bersabda :

كان النبي يبعث إلى قومه خاصة وبعثت إلى الناس عامة

Maksudnya: Nabi-nabi yang dahulu itu diutus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada manusia seluruhnya.

Oleh yang demikian, sekiranya sesuatu syariat itu masih berterusan dengan kedatangan yang syariat lain, maka rasul yang kedua itu tidak membawa syariat yang baru. Oleh yang demikian, umat tidak memerlukan penjelasan daripada rasul tersebut kerana tiada faedah sedangkan Allah tidak mengutuskan seseorang rasul tanpa faedah.

Selain itu, mereka juga mengatakan terdapat kebarangkalian bahawa syariat terdahulu dikhususkan untuk tempat tertentu. Contohnya, Nabi Syuaib dikhususkan kepada ahli Madyan, al-Aikah. Seterusnya, Nabi Musa diutuskan kepada Bani Israel. Oleh yang demikian, kewajipan beramal dengan sesuatu syariat terdahulu adalah terbatas kerana dikhususkan kepada sesuatu zaman dan syariat terhenti dengan utusan rasul yang lain.[61]


Penutup
Syar’u man qablana dalam pandangan para ulama salaf adalah syari’at-syari’at para nabi terdahulu sebelum adanya syari’at Islam yang dibawa Nabi Muhammad. Ada beberapa pandangan dalam memahami syar’u man qablana. Ada yang memahaminya sebagai pembatas (takhsis), nasikh dan bahkan sebagai metode, tetapi semua ini berkaitan dengan keberlakuan syari’at umat terdahulu, apakah ia masih berlaku atau sudah dibatalkan berdasarkan dalil normatif dalam Al-qur’an yang secara tegas menyebutkan hal tersebut. Selain itu, ada juga ketentuan syar’u man qablana yang ditulis kembali dalam Al-qur’an tetapi tidak ditemukan ayat lain yang memberlakukan atau membatalkannya. Terhadap permasalahan ini, terjadi perbedaan pandangan, ada yang memandang hal tersebut sebagai syari’at Islam ada pula yang memandang sebaliknya.

Adanya perbezaan pendapat mengenai legalitas syar’u man qoblana untuk dijadikan dalil dan sumber hukum Islam tidaklah membuat para ulama saling merasa diri mereka benar dan melecehkan hujah ulama lainnya yang tidak sependapat, semakin banyak perbedaan menunjukkan bahwa manusia benar-benar dikaruniai akal yang luar biasa. Tiap ulama memiliki hujahnya masing-masing yang sama-sama kuat. Semoga kita dalam menyoroti dalil yang masih diperselisihkan ini juga berpandangan secara objektif tidak subjektif, segala ilmu berumber dari Allah, dan yang paling mengetahui akan kebenarannyapun hanya Allah. Bila dalil Syar’u man Qoblana mendatangkan manfaat dan kebaikan niscaya tidak ada salahnya kita mempergunakannya dan mengamalknannya.

RUJUKAN
1.       Satria Effendi zein Muhammad, Ushul Fiqh (Jakarta, Prenada Media Group;
2005) cetakan III.
2.       Terjemahan Al- quran Al-Karim, Hidayah House of Quran SDN. BHD
3.       Abdul Wahab Khallaf, Ilmu Ushul Fiqih, (Jakarta: Rineka Cipta; 1990) cetakan I
4.       A. hanafie, Ushul Fiqh (Jakarta; Widjaya, 1980) m/s 149, cetakan VII
5.       Zaidan Abdul Karim. 2009. Al-wajiz fi usul al-fiqh. Lubnan: Resalah Publisher.
6.       Abdul Latif Muda. 2003. Pengantar syariah dan teori fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Salam
7.       Abdul Latif Muda. Rosmawati Ali @ Md Zin. 1998. Pengantar ilmu tauhid. Kuala Lumpur:
Pustaka Darul Salam .
8.       Abdu Rabbah Muhammad Said Ali. 1990. Mabhath fi al-adillahal al-mukhtalaf fiha ‘ind al-usulliyyin. Kaherah : Dar al-Kitab al-Jamiyy.
9.       Hasrun Haroan. 1996. Usul al-fiqh. Jakarta: Logos Publishing.
10.   Sulaiman Abdullah. 1995. Sumber Hukum Islam. Jakarta: Sma Grafik.
11.   St. Roestam. Zafrullah Salim. M.S.Wijaya. 1992. Hukum dan syariat Islam. Jakarta. Penerbit Kalam Mulia.
12.   Amir Husin Mohd Nor. Abdul Basir Mohamad. Mohmad Nasran Mohammad. Zaini Nasohah. 2002. Falsafah perundangan Islam. Selangor: Mahzum Book Servis
13.   Mukhtar Yahya dan Fatchur Rahman, Dasar Dasar Pembinaan Fiqh Islam, cetakan 2






[1] Al-Quran, surah Al-Baqarah: 183
[2] Abdul Wahab Khallaf, Ilmu Ushul Fiqih, (Jakarta: Rineka Cipta; 1990) m/s 109, cetakan I
[3] A. hanafie, Ushul Fiqh (Jakarta; Widjaya, 1980) m/s 149, cetakan VII
[4] Al-Quran, surah Al-Maidah: 45
[5] Al-quran surah An-Nisa: 41
[6] Al-quran Surah Al-Maidah ayat 13
[7] Satria Effendi, Ushul Fiqh (Jakarta, Prenada Media Group; 2005) m/s 163, cetakan III

[8] Zaidan Abdul Karim. 2009. Al-wajiz fi usul al-fiqh. Lubnan: Resalah Publisher, m/s 209
[9] Amir Husin Mohd Nor. Abdul Basir Mohamad. Mohmad Nasran Mohammad. Zaini Nasohah. 2002. Falsafah perundangan Islam. Selangor: Mahzum Book Servis, m/s 155
[10] Al-quran, surah Al-Maidah: 3
[11] Abdul Latif Muda. 2003. Pengantar syariah dan teori fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Darul
Salam, m/s 31
[12] St. Roestam. Zafrullah Salim. M.S.Wijaya. 1992. Hukum dan syariat Islam. Jakarta. Penerbit Kalam Mulia. m/s 411
[13] Abdul Latif Muda. 2003. Pengantar syariah dan teori fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Darul
Salam. m/s 32
[14] Al-quran, Surah Al-A’raf : 65
[15] Abdul Latif Muda. Rosmawati Ali @ Md Zin. 1998. Pengantar ilmu tauhid. Kuala Lumpur:
Pustaka Darul Salam . m/s 167
[16] Al-Quran Surah Al-‘Araf: 145
[17] Abdul Latif Muda. Rosmawati Ali @ Md Zin. 1998. Pengantar ilmu tauhid. Kuala Lumpur:
Pustaka Darul Salam . m/s 167
[18] Al-quran surah an-nisa: 46
[19] Abdul Latif Muda. 2003. Pengantar syariah dan teori fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Darul
Salam, m/s 38
[20] Abdul Latif Muda. 2003. Pengantar syariah dan teori fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Darul
Salam. m/s 39
[21] Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 74
[22] St. Roestam. Zafrullah Salim. M.S.Wijaya. 1992. Hukum dan syariat Islam. Jakarta. Penerbit Kalam Mulia. m/s 393
[23] Abdul Latif Muda. 2003. Pengantar syariah dan teori fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Darul
Salam m/s 42

[24] Al-quran surah Al-Baqarah 183
[25] Mukhtar Yahya dan Fatchur Rahman, Dasar Dasar Pembinaan Fiqh Islam, m/s 116
[26] Mukhtar Yahya dan Fatchur Rahman, Dasar Dasar Pembinaan Fiqh Islam, m/s 116
[27] Al-Quran Surah Al-An’am: 146
[28] Mukhtar Yahya dan Fatchur Rahman, Dasar Dasar Pembinaan Fiqh Islam, m/s 116
[29] Al-Quran Surah Al-Baqarah 183
[30] Al-Quran Surah Al-Maidah: 45
[31] Mukhtar Yahya dan Fatchur Rahman, Dasar Dasar Pembinaan Fiqh Islam, m/s 117
[32] Al-Quran, Surah Hud: 3
[33] Al-Qura, Surah Al-Mudatstir: 4
[34] Mukhtar Yahya dan Fatchur Rahman, Dasar Dasar Pembinaan Fiqh Islam, m/s 117
[35] Zaidan Abdul Karim. 2009. Al-wajiz fi usul al-fiqh. Lubnan: Resalah Publisher, m/s 209
[36] Al-quran. Surah Al-Maidah: 32
[37] Zaidan Abdul Karim. 2009. Al-wajiz fi usul al-fiqh. Lubnan: Resalah Publisher, m/s 209
[38] Al-qurah, Surah Al-Baqarah: 183
[39] Sulaiman Abdullah. 1995. Sumber Hukum Islam. Jakarta: Sma Grafik, m/s 70
[40] Zaidan Abdul Karim. 2009. Al-wajiz fi usul al-fiqh. Lubnan: Resalah Publisher, m/s
[41] Zaidan Abdul Karim. 2009. Al-wajiz fi usul al-fiqh. Lubnan: Resalah Publisher, m/s 209-210
[42] Abu Zahrah Muhammad. 1958. Usul al-fiqh. Kaherah: t.pt. m/s 286
[43] Sulaiman Abdullah. 1995. Sumber Hukum Islam. Jakarta: Sma Grafik. m/s 73
[44] Al-quran, Surah A-Syu’ra: 36
[45] Hasrun Haroan. 1996. Usul al-fiqh. Jakarta: Logos Publishing, m/s 45
[46] Al-Quran. Surah Al-Maidah: 44
[47] Abdu Rabbah Muhammad Said Ali. 1990. Mabhath fi al-adillahal al-mukhtalaf fiha ‘ind al-usulliyyin. Kaherah : Dar al-Kitab al-Jamiyy, m/s 227 & 229
[48] Al_quran, Surah Al-Maidah: 45
[49] Al-Quran, Surah Al-An’am: 90
[50] Abdu Rabbah Muhammad Said Ali. 1990. Mabhath fi al-adillahal al-mukhtalaf fiha ‘ind al-usulliyyin. Kaherah : Dar al-Kitab al-Jamiyy. m/s 228
[51] Al-Quran, Surah An-nisa: 163
[52] Abdu Rabbah Muhammad Said Ali. 1990. Mabhath fi al-adillahal al-mukhtalaf fiha ‘ind al-usulliyyin. Kaherah : Dar al-Kitab al-Jamiyy, m/s 228
[53] Al-Quran. Suarh An-Nahl: 123
[54] Abdu Rabbah Muhammad Said Ali. 1990. Mabhath fi al-adillahal al-mukhtalaf fiha ‘ind al-usulliyyin. Kaherah : Dar al-Kitab al-Jamiyy m/s 229
[55] Al-Quran, Surah Al-Baqarah; 285
[56] Abdu Rabbah Muhammad Said Ali. 1990. Mabhath fi al-adillahal al-mukhtalaf fiha ‘ind al-usulliyyin. Kaherah : Dar al-Kitab al-Jamiyy m/s 23
[57] Al-quran, surah Al-Maidah: 48
[58] Abdu Rabbah Muhammad Said Ali. 1990. Mabhath fi al-adillahal al-mukhtalaf fiha ‘ind al-usulliyyin. Kaherah : Dar al-Kitab al-Jamiyy.
[59] Hadis riwayat tarmizi
[60] Abdu Rabbah Muhammad Said Ali. 1990. Mabhath fi al-adillahal al-mukhtalaf fiha ‘ind al-usulliyyin. Kaherah : Dar al-Kitab al-Jamiyy, m/s 231-232
[61] Abdu Rabbah Muhammad Said Ali. 1990. Mabhath fi al-adillahal al-mukhtalaf fiha ‘ind al-usulliyyin. Kaherah : Dar al-Kitab al-Jamiyy, m/s 232 & 233

[1] Satria Effendi, Ushul Fiqh (Jakarta, Prenada Media Group; 2005) m/s 162-163, cetakan III
[2] Al-quran, Surah as-syu’ra: 13

Comments

Popular posts from this blog